Monday, December 28, 2009

USM FC Layak Ke Liga Perdana 2010


Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengeluarkan tawaran penyertaan kepada USM FC untuk menyertai Liga Perdana bagi Musim 2010 pada 8 Disember 2009. Pasukan USM FC layak ke Liga Perdana kerana mendapat tempat ketiga dalam Liga FAM 2009. Pihak pengurusan pasukan USM FC telah mendapat kebenaran daripada pihak Pengurusan Tertinggi Universiti untuk beraksi dalam Liga Perdana 2010.